Gabenor Syria Muawiyah bin Abu Sufyan

Selepas kematian saudaranya Yazid pada tahun 640 Masihi, Muawiyah dilantik menjadi Gabenor di Syria oleh Saidina Umar Al-Khatab r.a (Khulafa Al-Rasyidin yang kedua). Menjelang tahun 647 Masihi, Muawiyah telah membina sebuah angkatan tentera yang cukup kuat untuk menangkis serangan Byzantine malah cukup kuat untuk menyerang Byzantine. Mereka juga berjaya menawan Cyprus (649 Masihi) dan Kepulauan Rhodes (654 Masihi) sambil berjaya menumpaskan tentera laut Byzantine di Lycia (655 Masihi). Semua ini terhenti selepas Saidina Ali bin Abi Talib r.a menjadi khalifah.